Setiap biker akan sampai waktu dan ketika dalam dilemma bila time nak tukar tayar. Mana tayar paling murah tapi quality superb and tahan lama. Dah jadi kewajipan tiap tiap tahun mesti kena tukar baru, (bagi akulah) option untuk tayar second hand memang tak pernah terlintas sebab banyak risiko.
Masa mula beli CBR600RR 09, Madani bagi Michelin Pilot Power 3. Sepanjang aku guna memang tiada masalah dan sangat tidak tersangka mileage pun tinggi jugak aku dapat ngan tayar nie. First time guna, mileage terakhir yg aku dapat lebih kurang 18,000 KM, aku pun tukar tayar yang sama tapi untuk rear sahaja. Depan boleh pakai lagi ketika itu, nak jimat kononnya hahahaha tetapip lepas beberapa ratus KM tayar depan dah mula mintak tukar.
Punya la mencari merata-rata untuk tayar depan nie, sebab aku prefer guna tayar brand yang sama. Semua takde stock, tapi dah terdesak dah nie. Alkisahnya, setelah mendapat nasihat dan cadangan dari member, aku cuba S20 Evo. Dari situlah jatuh hati dengan Bridgestone.
Maka bermulalah perjalanan selama setahun untuk kitaran menukar tayar. Setelah 12,938 KM ini hasilnya.
Kenapa sikit sangat mileage kali nie? Hehehehe… Nampak tak bunga tepi tue? Tebal yang amat. Tahun lepas tahun paling kurang pergi meleper. Banyak main highway je untuk balik kampung. Betul-betul pakai sampai habis tahap tunggu meletup je tue. Tayar depan biasalah, bunga banyak lagi. Aku pun contact lah otai bikers yang lain minta pandangan. Kebetulan S21 baru beberape bulan masuk Malaysia dan review kat MCN cakap tayar ni superb. Highlight untuk tayar ni adalah dual compound (3LC) untuk front tyre untuk higher grip ketika meleper dan triple compound (5LC) untuk rear yang menjamin better stability dan durability. Tayar S21 ni lebih lebar dari tayar biasa untuk better contact patch pada permukaan jalan.
24 September 2016
Lokasi kedai yg dipilih ialah Takong Racing kat Cheras. Servis terbaik! Waiting time tak lama dan yang paling penting sekali harga! Jumlah kerugian tayar 1 set 120/70 (front), 180/55 (rear) adalah RM1,155 + Valve RM20 = RM 1,175 *termasuk GST. Kali ni tukar 1 set terus, senang dan menjimatkan masa. Tayar depan yang lama aku sedekah je pada yang memerlukan.
Seperti biasa, pomen mesti pesan “tayar baru, jangan corner laju haa” hahahaha jawapan aku standard “ini orang bawak slow, lutut tak pernah sampai jalan tau”. Dalam perjalanan pulang, terus ikut jalan jauh untuk ke rumah dengan harapan dapat la buang lilin tayar baru. Tak boleh test meleper lagi, ingat pesan pomen, jatuh tak berbaloi wei. Sampai rumah terus snap gambar.
Keadaan tayar lepas balik dari Takong. Banyak rambut lagi, dalam seminggu ni pergi balik office naik CBR untuk membuang lilin. Sepanjang minggu ni belum test meleper dengan tayar ni lagi.
3 October 2016 (Road Test)
Hari yang dinanti tiba. Road testing untuk S21 Battlax. Destinasi yang di tuju adalah Genting, sebab paling dekat. Macam biasa port RV BHP karak.. tunggu member CBR1000RR. Dari BHP Karak ke kaki Genting digunakan untuk panaskan tayar. 1st impression dengan S21 ialah stabil. Terasa confident bila meleper. Grip level sangat memuaskan. Turn in rate pun senang dengan excellent feedback. Every corner terasa stabil bila braking. Untuk measure lean angle aku guna app kat phone “Diablo Super biker” dan phone diletakkan dengan velcro di atas tank untuk better accuracy.
Pitstop kat kita orang kat Nanyang Kopitiam Genting Permai. Minum dulu! Lepas Sejam kitorang pun sambung meleper balik ke rumah masing-masing.
8 October 2016 (Trackday Test)
Hari ni aku diberi peluang oleh MOS untuk masuk trackday anjuran Trackday at Sepang. Special thanks to Nic Wang. Peluang macam ni susah nak datang selalu dan tak boleh miss. Aku join sesi pagi. Pengalaman masuk track ni akan aku cerita dalam next posting. Sebelum masuk track aku dah kena warning jangan push sangat tayar ni sebab tayar ni dibuat untuk road bukan track sebab takut tayar overheat. Pressure tayar depan 30 PSI dan belakang 28 PSI untuk lebih grip bila tayar dah panas. Nubis kubis macam aku ni menganguk je tanda faham. 1st time masuk track so ikut je cakap otai, jangan melawan.
1st Session is sesi pengenalan untuk track Sepang. Sepanjang session ni tayar tak memberi sebarang masalah. Nic guide aku sepanjang 4 lap. Aku share overall result. Level grip memang sangat memuaskan. Confident level naik.. Setakat ni belum lagi rasa geli-geli kat tayar depan mahupun belakang.
2nd Session. This time aku nak improve sikit the timing and push lagi tayar ni mencari limit. Nic dengan baik hati telah rakam session aku this time.
Aku share jugak result by lap.
1st Lap – Panaskan tayar.. tak susah pun sebab pada masa itu dah around 10 am lebih, so track condition dah sangat panas.
2nd Lap – On this lap aku dah start push sikit. Confident level dah high sebab S21 punya grip sangat stabil at the moment.
3rd Lap – Ini boleh dikira as the peak la.. aku memang push habis tayar ni. Time ni dah mula rasa geli-geli kat front and rear. Especially bila heavy breaking masuk turn 1. Tayar rasa macam span wei! Exit corner mesti rasa tayar belakang macam spin lebih.
4th Lap and 5th Lap – Time nie dah kurang sikit sebab tayar memang rasa dah tak boleh pergi, so aku rilek sikit and tak push dah macam 3rd lap. Korang boleh notice timing dan lean angle makin tinggi.
Overall, S21 memang bagi aku kepuasan dari segi stability dan grip tahap tahap ketahanan dalam track, korang best dalam 3 to 4 lap je la.. lepas tue tayar dah overheat. Bukan silap tayar sebab tayar nie dibuat untuk road condition bukannya track, so expectation jangan tinggi mengunung sangat bila pakai dalam track. Last gambar yang aku share keadaan tayar lepas trackday.