Home Bike News REVIEW: Kawasaki Z250 2019 Pembuka Jalan Ke Dunia Motosikal Berkuasa Tinggi.

REVIEW: Kawasaki Z250 2019 Pembuka Jalan Ke Dunia Motosikal Berkuasa Tinggi.

2768
0

Seperti yang kita tahu, Kawasaki telah melancarkan model Z250 ABS pada awal tahun ini di pasaran Malaysia dan kami berbesar hati diberikan peluang untuk pandu uji selama 3 hari.

Z250 ABS ini dikategorikan sebagai motosikal entry-level naked daripada Kawasaki Z series. Ada beberapa pembaharuan dari model lama dari segi prestasi enjin, reka bentuk dan juga cici-ciri keselamatan. Kawasaki juga mengekalkan konsep sugomi, dengan sokongan chasis yang lebih ringan dan kukuh.

Berbanding dengan model lama, model terbaru ini menawarkan handling yang lebih mesra kepada rider-rider baru yang ingin melangkah ke dunia motorsikal berkuasa tinggi. Dengan gaya tungangan yang menegak memberikan lebih keselesaan serta keyakinan kepada rider untuk menunggang di atas jalan raya. Pengurangan berat sebanyak 3kg dari model lama juga memberikan kesan yang positif kepada model Z250 ABS ini dan hasilnya motosikal ini lebih tangkas melayari selekoh-selekoh kecil di dalam bandar atau selekoh-selekoh seperti di ulu yam.

Lampu hadapan Z250 ABS ini amat berbeza dari model yang lama. Reka bentuknya lebih agresif, dan ianya kini dilengkapi dengan lampu LED yang lebih terang dan menarik.

Di bahagian meter pula di Z250 ABS ini dilengkapi dengan meter digital yang sama dengan model Z400 ABS dan Z650 ABS. Meter digital ini menggunakan tachometer gaya analog yang pasti memberi kepuasan kepada rider yang mengemarkannya. Selain itu, ianya juga dilengkapi dengan gear indicator supaya memudahkan rider tanpa perlu teragak-agak semasa menunggang.

Enjin 249 cc parallel twin liquid cooled ini ternyata tidak mengecewakan, dengan transmisi 6 gear berserta sistem assist & slipper clutch mejadikan Z250 ABS ini sangat mudah untuk ditunggang. Clutch lever menjadi lebih ringan apabila ditarik dan slipper clutch dapat mengelakkan dari tyre locking ketika downshift yang agresif. Jangan risau, anda masih lagi akan terasa engine braking ketika menunggang.

Enjin model baru ini juga menghasilkan 37 Hp, lebih 5 Hp berbanding model lama iaitu 32 Hp. Torque juga ditingkatkan sebanyak 2 Nm menjadikannya 23 Nm pada 10, 000 RPM berbanding model lama sebanyak 21 Nm pada 10, 000 RPM. Pada bahagian tangki pula, ianya telah dikecilkan kepada 11-liter berbanding model lama sebanyak 17-liter.

Selain itu, model baru ini hanya menggunakan 2-liter minyak enjin berbanding model lama yang memerlukan 2.4-liter.Ini, secara tidak langsung menjimatkan kos penyelenggaraan kepada pemilik.

Pada bahagian brek juga telah dipertingkatkan. Kini model baru menggunakan single disc 310mm berbanding model lama 290mm. Disc belakang masih kekal pada saiz 220mm.

Bagi meningkatkan lagi prestasi handling, kerangka Z250 ABS ini diinspirasikan daripada Kawasaki Ninja H2, yang dinamakan Trellis frame. Kerangka ini lebih ringan berbanding tube diamond frame yang digunakan pada model lama.

Di bahagian suspensi depan pula, model baru ini masih menggunakan telescopic fork tetapi dengan saiz yang lebih besar iaitu 41mm berbanding model lama 37mm. Agak sedih apabila model baru ini tidak di lengkapkan dengan upside down fork, tetapi setelah menunggang selama beberapa hari, ternyata telescopic fork ini tidak mengecewakan.

Secara keseluruhanya, Z250 ABS ini amat sesuai kepada para rider yang baru menceburi dunia motosikal berkuasa tinggi. Dari segi handling and power delivery ternyata motosikal ini mudah dikendalikan dan lengkap dengan ciri keselamatan yang patut ada pada setiap motosikal di dalam kelasnya. Motorsikal ini juga sesuai sebagai kegunaan harian atau sebagai hobi di hujung minggu.

Previous articleHonda City Hit A Versys On Lekas Thanks To A Kapchai
Next articleRacing Tire On The Street? Big No No And Here Is Why.
I ride a bike instead of driving. Superbike enthusiast; there's a certain amount of romance to bikes. They're both beautiful and utilitarian.